Ini kak ngah saya bersama suaminya, Yusri. Pic ini semasa Idul Fitri 2010 di Muar, rumah arwah atok. Masa ni diaorg tengah bersiap2 utk konvoi raya ke rumah saudara-mara dan besan2 bermula dari Muar, Batu Pahat & JB. Seharian kakak beraya bersama family abg Yus sehinggalah terjadi satu insiden yg x disangka2, berlakunya kemalangan... yang melibatkan kereta abg ipar kak ngah. Tetapi tidaklah melibatkn kemalangan jiwa, cuma shocked... Hanya kereta sahaja yang mengalami kerosakan. Keseronokan beraya hilang seketika gara2 insiden tersebut....plan beraya ke JB pun tergendala. Apakn daya kita hanya merancang, Dia yang menentukannya. Apa2 pun kena lebih berhati-hati di masa2 akan datang...
No comments:
Post a Comment